CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 13, 2008

The Tired Week

7 December.... Hari yang menyedihkan bagi aku... Suamiku buat hal..... Dia pinjam lagi duit dengan ah long.... Aku terpaksa bawak anak2 ke rumah mak bapak aku.... aku dah tak ada tempat nak pergi lagi... perniagaan yang aku jalankan pun dah hancur.... 2 tahun aku berusaha denan kedai aku.. akhirnya aku hilang segala-galanya......

Ya Allah sungguh jika kau ingin menarik sesuatu daripada hambamu.... hanya dengan sekelip mata semuanya hancur begitu sahaja.. Tetapi Ya Allah.. aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah...

Biarlah ini menjadi catitan kehidupan aku...... Hidup berumahtangga selama 7 tahun dengan dikurniakan 3 orang anak.... memang aku rasa akulah wanita yang paling bahagia..... Indah, pahit dan manis semuanya aku lalui bersama suami... tetapi hanya kerana duit....... semua kenangan seolah-olah sia-sia sahaja... Sehingga aku tidak mampu untuk mengingatinya lagi......

Rumah ku Syurgaku juga sudah tidak ada apa-apa erti... yelah macamana nak duduk rumah sendiri pun takut... takut diburu ole ah long ini..... Ini realiti terjadi dalam kehidupan aku sendiri.... Ikutkan hati aku ketika itu bberpisah adalah cara yang terbaik..... kebencian aku terhadap suamiku memang terlalu menebal..... Aku bencikan suamiku......

Kini sudah seminggu ... kebencian yang pada awalnya menjadi simpati..... Suamiku cuba meminta bantuan dari keluarga sendiri.... di cop seperti penjenayah.... maka keluar dari rumah sendiri dan dibuang oleh keluarga sendiri.... Aku simpati...... Aku ambil dia... malah ibubapa ku sanggup menerima dia lagi... apatah lagi aku.. isterinya..... Suamiku sedang berusaha mencari jalan yang terbaik.... Doakan semoga ada jlaan penyelesaian yang terbaik....

Oh yea... aku pun dah dapat kerja sebagai guru tadika..... Demi anak-anak... Moga ada hikmah disebalik apa yang berlaku...